Pada zaman dulu, tinggallah seorang ayah dari Bani Israil bersama empat
orang anaknya. Telah ditakdirkan, si ayah jatuh sakit. Salah seorang dari
anak-anaknya berkata kepada saudaranya yang lain.
“Kalian mahu menjaga dan merawat ayah, padahal kalian tidak akan
mendapat apa-apa warisan dari ayah.” Kata salah seorang dari mereka.
“Biar saya saja yang menjaganya. Walaupun saya yang tidak akan mendapat
apa-apa warisan darinya.” Balas seorang pemuda dari kalangan mereka pula.
Maka si anak tersebut menjaga serta merawat ayahnya sehinggalah ayahnya meninggal, lalu ia juga yang menguburkannya. Benar, memang si anak tidak mendapat apa-apa warisan walau sedikitpun.
Suatu
ketika, ketika si anak sedang tidur, dia telah bermimpi didatangi seseorang yang
berpakaian seperti orang miskin namun berlagak sombong.
Orang
miskin itu pun berkata, “Datanglah ke tempat itu, lalu galilah, nescaya kamu
akan menemukan wang seratus dinar. Setelah itu ambillah!”
“Wang
tersebut barakah atau tidak?” Tanya si anak.
Orang
itu menjawab, “Tidak!”
Keesokkan
paginya si anak tadi menceritakan mimpi tersebut kepada isterinya.
Isterinya
berkata, “Pergilah ambil wang itu. Wang itu akan barakah kalau sebahagiannya engkau
belikan pakaian untukku dan sebahagian lagi kita gunakan untuk buat perbelanjaan
untuk kehidupan kita.”
Si
anak enggan untuk mengambilnya,dan dia berkata kepada isterinya, “Saya tidak mahu
mengambil sesuatu yang tidak barakah.”
Tatkala
malam tiba, si anak tidur, dan bermimpi perkara yang sama lagi.
Berkatalah
si miskin dalam mimpi tersebut, “Datanglah ke tempat itu, dan ambillah sepuluh
dinar!”
“Wang
tersebut barakah atau tidak?” Tanya si anak lagi.
Orang miskin
itu menjawab, “Tidak.”
Keesokan
paginya si anak menceritakan kejadian tersebut pada isterinya. Isterinya tetap memberi
jawapan yang sama seperti jawapan pada mimpi yang pertama. Namun si anak tetap
tidak mahu mengambilnya.
Kemudian
pada malam ketiga si anak bermimpi hal yang sama.
Berkatalah
si miskin dalam mimpi tersebut, “Datanglah ke tempat itu, dan ambillah satu
dinar.”
“Wang
tersebut barakah atau tidak?” Tanya si anak lagi.
Orang
itu menjawab, “Ya, barakah.”
Si
anak berkata, “Kalau begitu, saya mahu mengambilnya.”
Keesokan
paginya si anak pergi ke tempat yang diberitahu seperti dalam mimpi. Benar, dia
menemukan wang satu dinar itu di sana, lalu diambilnya.
Ketika
dalam perjalanan pulang dari mengambil wang itu, dia bertemu dengan seorang pengail
ikan yang membawa dua ekor ikan.
Si
anak menanyakan harga ikan tersebut, “Berapa harganya?”
Orang itu
menjawab, “Satu dinar.”
Akhirnya
si anak membeli dua ekor ikan tersebut dan membawanya pulang. Setibanya di
rumah, ikan tersebut dibersihkan oleh isterinya untuk dijadikan makanan mereka
pada hari itu.
Tatkala si isteri membelah perut ikan yang pertama, dia telah terjumpa
sebutir intan di dalamnya. Sebutir intan yang tidak ada tolok bandingnya pada
zaman itu. Demikian pula dengan ikan yang satu lagi, juga terdapat intan
seperti pada ikan yang pertama.
Si anak
berkata, “Intan ini adalah intan yang dicari-cari oleh para raja. Mereka akan
mencarinya walau di mana jua ia berada dan berani membayarnya tidak kira berapa
tinggi harganya, kerana intan seperti ini memang tidak ada sepertinya di dunia
ini.”
Si
anak membawa intan tersebut kepada raja.
Raja
berkata, “Tunjukkan intan tersebut kepada saya! Saya akan membelinya.”
Si
anak tadi memenuhi permintaan raja. Dibawanya intan tersebut kepada raja.
Tatkala melihat intan tersebut, Allah SWT menjadikan raja begitu kagum dengan
keindahannya.
Raja
berkata, “Berapa harga intan ini?”
Si
anak menjawab, “Emas tidak boleh kurang dari tiga puluh angkutan kuda.”
Raja
menjawab, “Saya siap membelinya.”
Lalu
para pengawal raja menyediakan emas sebanyak tiga puluh angkutan kuda untuk
membayar intan milik si anak tadi. Kemudian, raja memandang intan yang baru
saja dibelinya. Dia sangat kagum.
Raja
berkata kepada pengawalnya, “Intan ini akan lebih indah bila ada sepasang.
Mintakan pasangannya!”
Lalu
para pengawalnya mendatangi si anak tadi untuk membeli intan yang satu lagi.
Para
pengawal berkata kepada anak tadi, “Apakah kamu mempunyai pasangannya? Kalau
ada pasangannya, kami akan membelinya dengan harga yang berlipat kali ganda.”
Anak
tadi menjawab, “Benarkah?”
Mereka
menjawab, “Benar.”
Intan
yang menjadi pasangannya itu dibawa dan ditunjukkan kepada raja. Tatkala
melihat intan itu berpasangan, raja amat tertarik sekali, lalu berkata, “Saya
mahu membelinya.”
Lalu para pengawalnya membeli intan tersebut dengan harga dua kali ganda
dari harga intan yang satu lagi.”
Kesimpulan :
Pengorbanan ibubapa terhadap anaknya sudah menjadi kebiasaan dalam
kehidupan seharian kita. Pengorbanan seorang anak kepada kedua orang tuanya
pula amat jarang sekali kita dengari apatah lagi dalam soal harta peninggalan. Anak-anak
pada zaman sekarang lebih mengejar keuntungan serta kesenangan dunia dari
mencurah bakti kepada ibubapa mereka sendiri. Di sebalik pengorbanan seorang
anak, tersembunyi seribu satu kelebihan dan keuntungan yang berlipat ganda. Jadi,
sebagai seorang anak, kita patut menghargai jasa dan bakti kedua ibubapa kita ketika
mereka masih hidup agar kita tidak menyesal jika mereka telah pergi
meninggalkan kita buat selamanya.
Seorang anak yang dikasihi oleh ibubapa mereka akan memperolehi
kesenangan hidup walaupun tanpa ditinggalkan sebarang harta warisan atau
pusaka. Ini kerana apa yang perlu dikejar oleh anak adalah keredhaan ibubapa
supaya lebih mudah untuk mengharungi kehidupan di masa akan datang. Marilah bersama
kita menyemai rasa hormat, sayang, serta memberikan yang terbaik untuk ibubapa
kita yang disayangi. insyaAllah.
Post a Comment
3 ulasan:
alhamdulillah seronok membaca blog kamu....:) jemput folllow blog sya asyiqinkaya.blogspot.com
Terima Kasih... Jangan Lupa Untuk Jadi Sebahagian Dari Sahabat Saya... =)
Nor asyiqin
Post a Comment