Blog Akaahaara Lawiya Adalah Hak Cipta Terpelihara.
RSS

Thursday, December 27, 2012

Kisah Seekor Anak Tiram


Pada suatu hari, seekor anak tiram di dasar laut mengadu dan mengeluh kepada ibunya kerana sebutir pasir tajam telah masuk ke dalam tubuhnya yang merah dan lembik.

“Ibu, sakitnya saya rasa ibu. Sebutir pasir tajam telah menusuk ke dalam tubuh saya.” Sayu suara anak tiram itu.

Friday, December 21, 2012

Art Of Deception


Amerika, Freemason, Zionis. Mereka Menipu Dunia.

Bermula dari zaman Nabi Adam dan Hawa, manusia sudah saling berperang bagi mendapatkan kuasa dan pengaruh. Peperangan memerangi kejahatan itu juga berlanjutan sehingga ribuan tahun.

Mutakhir ini, manusia semakin takbur dan sombong. Mereka memiliki bom dan pelbagai senjata canggih yang mampu memusnahkan seluruh kota dalam sekelip mata. Seperti mana Amerika yang memiliki senjata biologi yang mampu menghancurkan bumi sehingga 5000 kali ganda.

Kisah Seorang Anak Yang Soleh


Pada zaman dulu, tinggallah seorang ayah dari Bani Israil bersama empat orang anaknya. Telah ditakdirkan, si ayah jatuh sakit. Salah seorang dari anak-anaknya berkata kepada saudaranya yang lain.

“Kalian mahu menjaga dan merawat ayah, padahal kalian tidak akan mendapat apa-apa warisan dari ayah.” Kata salah seorang dari mereka.

“Biar saya saja yang menjaganya. Walaupun saya yang tidak akan mendapat apa-apa warisan darinya.” Balas seorang pemuda dari kalangan mereka pula.

Thursday, December 20, 2012

Si Sopak, Si Botak & Si Buta



Dalam sebuah kampung, tinggallah tiga orang lelaki iaitu Si Sopak, Si Botak dan Si Buta. Allah SWT akan menguji mereka, Allah SWT mengutuskan Malaikat dan menyamar sebagai manusia. Maka datanglah Malaikat itu kepada orang yang mengidap penyakit sopak dahulu.

Tuesday, December 18, 2012

Rumah Amin Seperti Kubur ! Sunyi dan Gelap !


Amin, masih di situ. Masih lagi duduk keseorangan. Dia duduk di satu sudut bangsal tanah perkuburan itu sambil memikirkan keadaan dirinya . Hampir setiap hari masanya dihabiskan di kampung kerana ingin menzirahi pusara datuknya yang tidak jauh dari rumahnya. Amin tidak menangis, tidak pula meratap atas pemergian datuknya tetapi berasa sedih dan kesal selepas pemergian datuknya. Kesal dengan kehidupannya sekarang. Amin bingung.

Tuesday, December 4, 2012

Wahai Si Pemberi Peringatan !


Wahai Si Pemberi Peringatan !

Bukan Mudah Menangis Bersama
Tidak Juga Ketawa Bermesra
Kau Sedia Gembira Berduka
Mengukir Senyuman Seindah Syurga
Menyapu Lembut Titisan Mutiara.

Sunday, December 2, 2012

Ayah... Bagilah Balik Tangan Adah!

Hainani Adawiyah adalah anak tunggal kepada pasangan Adam & Hasmah...
Dipanggil 'Adah' sejak kecil lagi. Dia mesra dengan panggilan begitu. Adah sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Adah.

Suatu hari, ibu dan ayah Adah bermotosikal ke tempat kerja ekoran lalu lintas yang sesak sempena perayaan Thaipusam. Adah tinggal bersama pembantu rumah yang bernama Suriati, mesra dipanggil Mak Su. Adah leka bermain buaian di luar rumah. Tiba-tiba dia terpandang sebatang paku karat sekitar buaian. Terdetik di hatinya ingin melukis sesuatu...

Wednesday, November 28, 2012

First Time Muroqib !



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Entri kali nie saya nak cerita perihal First Time Muroqib... Hehe =)

Muroqib adalah gelaran yang diberikan kepada pelajar lelaki (Syabab) yang menjadi pemerhati, pengawas atau pengawal kepada pelajar wanita yang ingin ke mana sahaja di sekitar Mu'tah, Jordan...

Monday, November 26, 2012

Oh Ibu, Jantung Hatiku...



Oh Ibu, Jantung Hatiku

Setiap Detik Degup Jantungku
Setiap Detik Masa Berlalu
Engkau Pasti Dapat Merasainya
Tatkala Aku
Gembira
Putus Asa
Sedih
Gelisah
Kau Bagaikan Turut Merasa Sama
Apa Yang Tersemat Di Naluriku


Sunday, November 25, 2012

Puasa Sunat Hari Isnin & Khamis



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum... =)

Daripada Abu Sa'id R.A. katanya "Aku mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda sesiapa yang berpuasa sehari semata - mata kerana Allah akan menjauhkan dirinya daripada api neraka selama 70 tahun." (Riwayat Al - Bukhari dan Muslim)...

Saturday, November 24, 2012

Saya Bersama Pemuda Arab



Sementara Menunggu Kawan2 Habis Kuliah, Saya Membaca Buku Di Atas Sebuah Kerusi Yang Terletak Di bawah Sebatang Pokok, Kelihatan Dua Orang Pemuda Arab Datang Kepada Saya. Lalu Duduk Di Kerusi Sebelah...

Arab 1 : Ahlien... Thailand Aw Malizi..? Keif Haalak ?

Saya : Alhamdulillah... Ana Malizi... Keif Haalak Ya Sodiq ?

Arab 1 : Alhamdulillah... Shusmak ?

Saya : A***...