Blog Akaahaara Lawiya Adalah Hak Cipta Terpelihara.
RSS

Friday, December 21, 2012

Art Of Deception


Amerika, Freemason, Zionis. Mereka Menipu Dunia.

Bermula dari zaman Nabi Adam dan Hawa, manusia sudah saling berperang bagi mendapatkan kuasa dan pengaruh. Peperangan memerangi kejahatan itu juga berlanjutan sehingga ribuan tahun.

Mutakhir ini, manusia semakin takbur dan sombong. Mereka memiliki bom dan pelbagai senjata canggih yang mampu memusnahkan seluruh kota dalam sekelip mata. Seperti mana Amerika yang memiliki senjata biologi yang mampu menghancurkan bumi sehingga 5000 kali ganda.


Dunia pada hari ini ditadbir oleh pemerintah yang korup dan zalim. Namun, masih ramai yang tidak menyedari penipuan dan penindasan yang dilakukan oleh mereka. Contoh yang paling tepat adalah Presiden George W. Bush dan Barack Obama. Hampir seluruh kata-kata yang keluar daripada mulut mereka adalah bohong. Mereka tidak mematuhi undang-undang dunia. Meskipun demikian, rakyat Amerika tetap menyokong para pembunuh dan penjenayah kemanusiaan ini. Mereka menghancurkan negara demi negara, dengan menggunakan alasan yang tidak jelas. Semua ini adalah kesan ketamakan dan kebencian kepada pengikut Islam.

Sudah kita sedari sekian lamanya, ada sebuah organisasi yang kuat terdiri daripada pelbagai kalangan yang dirahsiakan. Organisasi ini menguasai hampir semua urusan dunia. Mereka menentukan siapa yang layak menjadi pemimpin sebuah negara, pemimpin yang harus disingkirkan, siapa yang layak bertahan hidup, dan siapa yang harus mati. Kelompok ini disebut sebagai New World Order iaitu ‘Pemerintahan Dunia Baru’. Suatu susunan kalimat memukau yang pertama kali digunakan oleh H.W. Bush.

Tiga pemain utama dalam New World Order adalah Iluminati, Freemason (Pemuja Syaitan), dan Yahudi. Mereka tidak pernah berhenti menjalankan usaha mereka sehingga cita-cita mereka tercapai. Walaupun mereka harus memusnahkan keluarga mereka sendiri. Cita-cita mereka adalah mengambil alih seluruh kuasa di bumi ini. Bagi mencapai cita-cita ini, mereka harus menguasai ekonomi dunia.

Pada hari ini, Yahudi menguasai sebahagian besar sektor kewangan dan bisnes-bisnes utama dunia. Mereka bekerjasama dengan Freemason dalam memanipulasikan Amerika Syarikat, menggunakan kekuatannya demi menguasai negara-negara pengeluar minyak dan menghancurkan segala pesaing bagi kepentingan mereka.

Apakah sebenarnya tujuan mereka? Mereka ingin membentuk satu pemerintahan, satu pemimpin, dan satu agama baru bagi semua. Mereka mahu membahagikan bumi menjadi 10 wilayah atau kerajaan supaya mereka mudah merealisasikan misi yang dirancang. Sekiranya rancangan ini berjaya, agama Islam akan diancam dan menuju kehancuran.
New World Order menjadikan kita boneka dan hamba mereka. Pemimpin tertinggi NWO adalah pengikut-pengikut syaitan. Mereka tunduk kepada syaitan bagi menghancurkan kita semua kepada kesesatan yang nyata. Mereka bergerak dalam pertubuhan yang cukup licik dan penuh dengan tipu muslihat. Iluminati dan Freemason menggerakkan agenda ini dengan menguasai pemerintahan dunia dan melabel mereka sebagai kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat.

Justeru, bagi melawan dan menghalang gerakan licik ini, umat Islam harus sama-sama mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan jati diri. Ilmu dapat melindungi kita daripada terus ditipu dan diperbodohkan. Kita harus bersatu, mengisi diri dengan ilmu, dan jangan sesekali terpengaruh dengan hasutan syaitan. Keimanan menjadi pasak utama dalam menempuh dunia global!

Sebagai menjawab dan merungkai segala persoalan di atas, saya ingin mengesyorkan supaya anda membeli buku yang bertajuk “Art Of Deception” kerana di dalamnya terdapat segala permasalahan dan tipu daya golongan ini iaitu golongan New World Order. Alhamdulillah, selepas saya membaca buku ini, pemikiran saya yang dahulunya ‘Zero’ berkaitan isu ini, terus melonjak kepada ‘Hero’. Buku ini sangat berguna serta bermanfaat bagi golongan mereka yang cintakan kedamaian dunia serta membenci kehancurannya yang mungkin membawa padah yang lebih besar.




Isi Kandungan Buku ‘Art Of Deception’

BAHAGIAN I : 911 PERISTIWA PELIK DAN MISTERI TERBONGKAR

Bab 1 : Misteri 911
Bab 2 : Penipuan Besar Peristiwa 911
Bab 3 : Pentagon
Bab 4 : Pengkhianatan
Bab 5 : Kesimpulan Terakhir
Bab 6 : Misteri Dolar AS

BAHAGIAN II : ORGANISASI RAHSIA

Bab 7 : New World Order – Pemerintahan Dunia Baru
Bab 8 : Organisasi Sosial Rahsia Milik New World Order
Bab 9 : Freemason
Bab 10: Ahli Kawalan Fikiran

BAHAGIAN III : PENGUASAAN PENDUDUK

Bab 11 : Orang Amerika Mudah Membunuh
Bab 12 : Ledakan Bom Uranium
Bab 13 : Membuat Bencana Alam
Bab 14 : Pelbagai Program Pengendalian Jumlah Penduduk
Bab 15 : Para Pemuja Syaitan
Kesimpulan







Penulis Buku ‘Art Of Deception’

Buku ini ditulis oleh Jerry D. Gray, bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), kini telah memeluk Islam dan aktif menjalankan aktiviti dakwah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan di sebuah stesen televisyen Indonesia, selama dua tahun.
Beliau kini aktif bergerak ke seluruh Indonesia menyampaikan ceramah demi mengajak seluruh umat Islam sedar, bahawa pada hari ini umat Islam sudah tertipu dengan agenda Yahudi dan Amerika. Penulis juga sudah menulis banyak buku yang membongkar kejahatan Amerika seperti :

  1. Dosa-Dosa Media Amerika
  2. Bayang Gurita : Mengungkap Pergerakan Freemason dan Organisasi Anti-Islam Dunia
  3.  Deadly Mist : Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Manusia
  4. Rasulullah Is My Doctor, The Real Truth
  5. Demokrasi Barbar Ala Amerika
  6. American Shadow Government : Pemerintah Bayangan Amerika


Buku ini ditulis bagi merungkai penipuan yang dilakukan Yahudi dan Amerika sebagai peringatan kepada seluruh umat Islam, berdasarkan bukti yang nyata dan mudah difahami. Pada hari ini, ada sebuah program pengendalian jumlah penduduk sedang diimplementasikan bertujuan membunuh sebahagian besar penduduk dunia. Program ini didokong oleh program pengedalian populasi, 21 Agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. New World Order sedang menata jalan bagi kemunculan Dajjal yang sudah hampir. Baca buku ini dan perhatikan, hanya dengan menyedari apa yang terjadi hari ini, kita dapat mempersiapkan diri menghadapi hari esok. Diharapkan supaya buku ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekaligus meningkatkan kesedaran kita bagi menghadapi serangan kuasa yang menjadi ancaman agama Islam ini. Buku ini akan menyingkap segala isu yang berkaitan dan semoga dapat dijadikan iktibar oleh para pembaca.

Semoga bermanfaat. Mari lakukan perubahan bersama.


Post a Comment

1 ulasan:

           
                                                                                                     Unknown                            said...            
           
                             

                 Good JOB! ilmu baru.. thanks for sharing.. :)                

                         
                     

Post a Comment