Blog Akaahaara Lawiya Adalah Hak Cipta Terpelihara.
RSS

Monday, January 14, 2013

Jadilah Pelita


Pada suatu malam, si buta ingin pulang dari rumah sahabatnya yang berada di hujung kampung. Walaupun sahabatnya menyuruh si buta agar tidur di rumahnya memandangkan hari sudah lewat malam tetapi si buta enggan kerana bimbang akan menyusahkan sahabatnya itu. Sahabatnya berasa berat hati untuk membiarkan si buta pulang seorang diri dalam keadaan gelap, tetapi si buta tetap dengan pendiriannya dan tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu untuk menghantarnya pulang lalu sahabatnya membekalkan sebuah pelita kepada si buta untuk pulang ke rumah.



Thursday, January 3, 2013

Panglima Perang & Penjual Minyak


Pada zaman dahulu kala, dalam sebuah kampung, tinggallah seorang panglima perang yang terkenal dengan kehebatannya kerana memiliki kehandalan dalam memanah yang tiada tolok bandingnya. Hampir setiap bulan, dia akan menunjukkan kehebatannya itu di khalayak ramai agar semua yang melihat aksinya itu berasa kagum serta sentiasa menghormatinya. 

Seperti kebiasaannya, dia akan menunjukkan kehebatannya pada setiap bulan, lalu diperintahkan kepada orang-orang bawahannya agar menyediakan papan sasaran serta 100 batang anak panah.



Tuesday, January 1, 2013

Kasih Pemilih Tanpa Memilih?


Kali ini Aminah tekad untuk bertanya kepada pensyarahnya berkaitan makna kasih sayang yang telah lama dipendamkannya agar ia bisa menemukan erti kasih sayang yang sebenarnya. Sejak Aminah memikirkan hal tersebut, hatinya sentiasa berbelah bahagi serta tidak dapat memikirkan jawapan yang sebaiknya. Banyak persoalan yang timbul di benak fikirannya yang masih lagi samar-samar dan memerlukan satu penjelasan yang sempurna.