Amin, masih di situ. Masih lagi duduk keseorangan. Dia duduk di satu sudut bangsal tanah perkuburan itu sambil memikirkan keadaan dirinya . Hampir setiap hari masanya dihabiskan di kampung kerana ingin menzirahi pusara datuknya yang tidak jauh dari rumahnya. Amin tidak menangis, tidak pula meratap atas pemergian datuknya tetapi berasa sedih dan kesal selepas pemergian datuknya. Kesal dengan kehidupannya sekarang. Amin bingung.
Tidak mampu melakukan apa-apa. Semenjak datuknya meninggal 3 tahun lalu, kehidupan keluarganya mula berubah. Jika dahulu, ketika arwah datuknya masih hidup, Amin berasa sungguh bahagia serta mendapat kasih sayang dan tunjuk ajar yang tidak berbelah-bagi. Kini, ibubapanya sibuk memikirkan hal masing-masing lebih-lebih lagi dalam soal urusan pekerjaan mereka tanpa menghiraukan Amin.
“Amin nak atuk tahu yang Amin seperti berada di tempat atuk sekarang.” Kata Amin.
Sunyi, seperti tiada apa yang dapat Amin bayangkan melainkan gambaran seperti tanah perkuburan itu. Tiada apa-apa gangguan serta sebarang bunyi. Kosong.
“Tak ada orang nak ajar Amin mengaji, ibu dan baba sibuk bekerja. Amin sekadar belajar di sekolah rendah kebangsaan sahaja. Mereka tidak menghantar Amin ke kelas Fardu Ain. Jika dulu, masa atuk ada, bolehlah Amin belajar dengan atuk, tapi sekarang ni Amin berasa sunyi bila berada di rumah Amin sendiri, atuk.” Amin bermadah lagi. Air jernih mula mengalir dari kelopak mata anak kecil itu. Berkaca-kaca.
Amin masih bersekolah, tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Pantai Indah. Dia pelajar pintar dan tidak mudah bersosial apatah lagi mahu berkawan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Pemergian datuknya benar-benar mengubah hidupnya.
“Amin selalu ingat pesan atuk, lebih baik Amin duduk di sini dari Amin duduk di rumah Amin sendiri.” Rungut Amin.
Petang itu, ibu dan baba Amin pulang ke rumah selepas seharian mengerah tenaga di pejabat. Amin tiada di rumah. Mereka menyangka Amin pergi bermain bersama kawan-kawannya di padang permainan berhampiran.
Azan Isyak sudah berkumandang tetapi Amin masih belum pulang. Ibu dan baba Amin sudah mula tidak senang duduk. Mereka memikirkan keselamatan anaknya itu. Ke mana Amin? Mereka perlu segera keluar untuk mencari Amin. Puas ditanya jiran-jiran dan orang yang berdekatan. Akhirnya mereka diberitahu oleh Pak Zubir yang Amin ke tanah perkuburan kampung itu.
“Saya ada terserempak dengan Amin ketika saya hendak ke kedai tengah hari tadi. Amin ada beritahu saya yang dia mahu ke kubur datuknya. Mungkin dia masih ada di sana.” Kata Pak Zubir kepada baba Amin.
Tidak terfikir mereka Amin akan ke situ sehingga waktu Isyak. Biasanya Amin akan pulang ke rumah sebelum Maghrib, tetapi tidak untuk kali ini. Setibanya mereka di sana, mereka dapati Amin masih lagi duduk keseorangan di bangsal tanah perkuburan itu.
Mereka menghampiri Amin.
“Amin, mari balik nak.” Rayu ibu Amin. Lembut.
“Tak nak, Amin nak duduk sini dengan atuk. Ibu dan baba masih tidak berubah.” Amin memberontak.
“Amin, atuk sudah lama meninggal. Ibu tahu Amin rindukan atuk, tapi bukan dengan cara begini.” Pujuk ibu Amin dengan nada sayu.
“Ibu dan baba sibuk bekerja, Amin tiada tempat bermanja, rumah juga dibiarkan seperti tanpa penghuni. Ibu dan baba tidak pernah berubah!” Amin mula menyuarakan pendapatnya.
“Amin, baba akan tunaikan apa saja permintaan Amin, asalkan Amin tidak lagi mengulangi hal ini lagi. Baba dan ibu berjanji.” Pujuk baba Amin pula.
“Betul ke baba?” Tanya Amin. Ringkas.
“InsyaAllah.” Jawab mereka.
“Amin rasa kosong sekarang, baba. Sejak atuk meninggal, Amin rasa seperti telah kehilangan segala-galanya. Amin tak pandai mengaji, Amin tak pandai baca Al-quran. Dulu, masa atuk ada, Amin belajar mengaji dengan atuk walaupun kadang-kadang atuk tak sihat, atuk cuba jugak untuk ajar Amin mengaji, tapi sekarang atuk dah tak ada lagi. Baba dan ibu sibuk bekerja.” Bicara Amin bermula. Sayu.
Suasana di tanah perkuburan itu sunyi sepi. Cengkerik dan unggas sahaja yang kedengaran.
“Amin tidak pernah melihat ibu dan baba solat bersama. Amin tidak pernah melihat dan mendengar baba dan ibu mengaji, baca Al-quran. Atuk sentiasa ingatkan Amin, jika sebuah rumah itu di dalamnya tidak ada orang yang mengerjakan solat dan mengaji, rumah itu seperti kubur. Sunyi dan gelap. Amin nak buat semua tu tapi Amin tak tahu. Tiada siapa lagi yang boleh ajar Amin buat semua tu.” Tersedu-sedu Amin melepaskan hasrat hatinya yang telah lama terpendam itu.
Ibu dan baba Amin terpaku, seperti ada sesuatu yang menusuk-nusuk ke dalam telinga mereka. Mereka kelu tidak terkata. Sungguh mereka tidak menyangka bahawa mereka akan ditegur oleh seorang budak kecil yang baru ingin mengenal erti kehidupan.
“Lebih baik Amin tinggal di sini. Sama sahaja dengan tinggal di rumah yang seperti itu.” Sambung Amin lagi.
“Amin, dengar cakap baba ye. Baba dan ibu memang akui kesalahan kami, tetapi kami sudah berjanji untuk tunaikan segala hasrat Amin bukan? Baba dan ibu berjanji akan berubah. Baba dan ibu mungkin terleka akibat kesibukan kerja. Kami berjanji akan berubah untuk anak kesayangan kami.” Balas baba Amin sambil menitiskan airmata.
“Betul, Amin. Ibu rasa bersalah sangat dengan apa yang berlaku. Maafkan Ibu dan baba ye nak?” sambung ibu Amin dengan nada kesal.
“Amin, sayang ibu dan baba! Amin sayangkan atuk! Amin harap ibu dan baba berubah. Amin rindukan kehidupan seperti dulu.” Amin menangis semahu-mahunya.
“Sudah, mari kita pulang, hari pun sudah lewat malam.” Pinta baba Amin.
“Baiklah, mari Amin kita pulang.” Kata ibu Amin sambil memimpin tangan Amin meninggalkan tanah perkuburan itu.
Kesimpulan :
Rumah Yang Tidak Didirikan Solat, Dibacakan Al-Quran Di Dalamnya, Rumah Itu Umpama Tanah Perkuburan Iaitu Gelap Dan Sunyi Serta Tidak Mendapat Sebarang Kebajikan. Walaupun Rumah Kita Sebesar Istana, Jika Tidak Ada Orang Di Dalamnya Yang Mengerjakan Solat Atau Membaca Al-Quran, Maka Rumah Itu Pada Zahirnya Sahaja Cantik Tetapi Hakikatnya Ia Seperti Rumah Usang Sahaja.
Hadis Dari Abu Hurairah Dari Rasulullah SAW :
"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan."
"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan."
Hadis Riwayat Imam Muslim Dari Rasulullah SAW :
"Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.”
Hadis Dari Riwayat Imam al-Bukhari Dari Rasulullah SAW :
“Laksanakanlah dalam rumah kalian sebahagian dari solat-solat kalian dan jangan kalian jadikannya kuburan.”
Hadis Dari Ibnu Mas'ud Dari Rasulullah SAW :
"Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca."
Hadis Dari Amr ibnul 'As Dari Rasulullah SAW :
"Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu."
Post a Comment
6 ulasan:
Sep ArtikeL nya Gan...
Http://ripcurl-crom.blogspot.com
done.... =)
nice entry dear..thank Q atas peringatan.. :)
Jangan lupa follow i k
http://yusrasuperstar.blogspot.com
keep it up....nice job on the article~
Terima Kasih... =)
Post a Comment