Blog Akaahaara Lawiya Adalah Hak Cipta Terpelihara.
RSS

Wednesday, November 28, 2012

First Time Muroqib !



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Entri kali nie saya nak cerita perihal First Time Muroqib... Hehe =)

Muroqib adalah gelaran yang diberikan kepada pelajar lelaki (Syabab) yang menjadi pemerhati, pengawas atau pengawal kepada pelajar wanita yang ingin ke mana sahaja di sekitar Mu'tah, Jordan...
Ini kerana perangai Arab di sini amat-amat menjengkelkan. Mengganggu pelajar Melayu bukan lagi isu baru terutamanya wanita Melayu yang kami gelarkan Akhawat. Jadi, sistem Muroqib ditubuhkan bagi mengawasi wanita-wanita Melayu daripada diganggu Arab. Wanita Melayu berbeza dengan wanita Arab di sini. Wanita Arab mempunyai keluarga serta sanak saudara manakala wanita Melayu hanya mempunyai sahabat-sahabat yang terdiri dari golongan wanita juga. Jadi tugas Muroqib amatlah besar...!

Sahabat saya di Mesir menggelarkan si Muroqib nie dengan panggilan Mushrif... Tugasnya juga sama seperti Muroqib iaitu menjadi pemerhati, pengawas serta pengawal bagi wanita Melayu...







Tutt.. Tutt.. Tutt..

Telefon saya berbunyi. Ringtone lagu Maher Zain kedengaran. Saya memang tak pandai menyanyi sebab suara Maher Zain pun tak ada, tak mahir langsung.! Jadi saya hanya sekadar minat mendengar muzik sahaja.

Pemanggil : Assalamualaikum ustaz, ustaz Ayub ke ?

Saya : Waalaikumussalam, ye saya. Ada apa ye ?

Pemanggil : Ustaz, saya nak mintak tolong Muroqib di Bayt Aflah, hendak ke Puskma. Pada pukul 6.40 petang. Boleh ?

Ku lihat jam di dinding. Pukul 6.35 petang.!

' Lima minit lagi baru nak telefon ? Sekejap lagi dah masuk Isyak pulak.. Lagipun rumah aku jauh jugak dengan Bayt Aflah.!' bisik hatiku.

Saya : Boleh ustazah, tapi bagi saya sedikit masa, nak bersiap dahulu.

Pemanggil : Terima kasih ustaz.

Talian diputuskan.

Lantas saya memanggil rakan serumah untuk temankan saya. Amir & Izzuddin lah yang jadi mangsanya. Kebetulan mereka pun ingin ke pekan Mu'tah, nak cari barang katanya. Berbekalkan "Tongkat Sakti" milik Izzuddin, saya masukkan tongkat sakti tu ke dalam poket seluar. Sebagai senjata bila diganggu Arab nanti. Kami pun mula berjalan dari rumah kami Bayt Dimasyq ke rumah akhawat Bayt Aflah. Rupanya sorang je akhawat yang nak kena di'muroqib'kan. Mujur saya bawak Amir & Izzuddin, tak lah jadi fitnah & bualan orang nanti. Sampai di Puskma, akhawat tu pun ucapkan terima kasih.





Sebaik melangkah beberapa tapak, ada akhawat memanggil saya.

Akhawat : Maaf ustaz, ustaz sibuk ke ?

Saya : Tidak, kenapa ye ?

Akhawat : Nak minta tolong jadi Muroqib, boleh ?

Saya : Boleh, tapi banyak yang saya tak tahu untuk berjalan rumah ke akhawat.

Akhawat : Nanti saya tunjukkan pada ustaz.

Selesai je Muroqib, baru ku tahu pentingnya seseorang untuk menjadi Muroqib disebabkan ada di antara rumah akhawat yang agak jauh serta terpaksa melalui jalan-jalan yang gelap... =(

Lepas nie, kalau telefon lagi, mungkin saya akan bersetuju untuk menjadi Muroqib buat kali kedua...

Terima Kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya...! Terima Kasih buat saudara Amir & Izzuddin kerana sudi menemani saya =)




::.akaahaara.::