Blog Akaahaara Lawiya Adalah Hak Cipta Terpelihara.
RSS

Thursday, March 7, 2013

Kisah Sebuah Jam Tangan


Pada zaman dahulu tinggallah seorang pembuat jam tangan yang sangat terkenal dalam kalangan penduduk di kawasan tempat tinggalnya. Hampir seluruh hidupnya dihabiskan dengan membuat dan membaiki jam tangan. Pada suatu hari, tukang jam itu berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.


Friday, February 1, 2013

Hanya Segelas Susu


Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.



Monday, January 14, 2013

Jadilah Pelita


Pada suatu malam, si buta ingin pulang dari rumah sahabatnya yang berada di hujung kampung. Walaupun sahabatnya menyuruh si buta agar tidur di rumahnya memandangkan hari sudah lewat malam tetapi si buta enggan kerana bimbang akan menyusahkan sahabatnya itu. Sahabatnya berasa berat hati untuk membiarkan si buta pulang seorang diri dalam keadaan gelap, tetapi si buta tetap dengan pendiriannya dan tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu untuk menghantarnya pulang lalu sahabatnya membekalkan sebuah pelita kepada si buta untuk pulang ke rumah.



Thursday, January 3, 2013

Panglima Perang & Penjual Minyak


Pada zaman dahulu kala, dalam sebuah kampung, tinggallah seorang panglima perang yang terkenal dengan kehebatannya kerana memiliki kehandalan dalam memanah yang tiada tolok bandingnya. Hampir setiap bulan, dia akan menunjukkan kehebatannya itu di khalayak ramai agar semua yang melihat aksinya itu berasa kagum serta sentiasa menghormatinya. 

Seperti kebiasaannya, dia akan menunjukkan kehebatannya pada setiap bulan, lalu diperintahkan kepada orang-orang bawahannya agar menyediakan papan sasaran serta 100 batang anak panah.



Tuesday, January 1, 2013

Kasih Pemilih Tanpa Memilih?


Kali ini Aminah tekad untuk bertanya kepada pensyarahnya berkaitan makna kasih sayang yang telah lama dipendamkannya agar ia bisa menemukan erti kasih sayang yang sebenarnya. Sejak Aminah memikirkan hal tersebut, hatinya sentiasa berbelah bahagi serta tidak dapat memikirkan jawapan yang sebaiknya. Banyak persoalan yang timbul di benak fikirannya yang masih lagi samar-samar dan memerlukan satu penjelasan yang sempurna.

Thursday, December 27, 2012

Kisah Seekor Anak Tiram


Pada suatu hari, seekor anak tiram di dasar laut mengadu dan mengeluh kepada ibunya kerana sebutir pasir tajam telah masuk ke dalam tubuhnya yang merah dan lembik.

“Ibu, sakitnya saya rasa ibu. Sebutir pasir tajam telah menusuk ke dalam tubuh saya.” Sayu suara anak tiram itu.

Friday, December 21, 2012

Art Of Deception


Amerika, Freemason, Zionis. Mereka Menipu Dunia.

Bermula dari zaman Nabi Adam dan Hawa, manusia sudah saling berperang bagi mendapatkan kuasa dan pengaruh. Peperangan memerangi kejahatan itu juga berlanjutan sehingga ribuan tahun.

Mutakhir ini, manusia semakin takbur dan sombong. Mereka memiliki bom dan pelbagai senjata canggih yang mampu memusnahkan seluruh kota dalam sekelip mata. Seperti mana Amerika yang memiliki senjata biologi yang mampu menghancurkan bumi sehingga 5000 kali ganda.